Penilaian Modul Induksi Umum Kursus Induksi SSM bagi Kumpulan I adalah dibuat berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam melalui Surat Pekeliling Bil.2 Tahun 1992 JPA 241/46 Jld.4 (68) bertarikh 31 Julai 1992. Penilaian tersebut adalah seperti berikut:
:
Penilaian Sepanjang Kursus (PSK) = 60%
:
Ujian Akhir Kursus (UAK) = 40%
PENILAIAN SEPANJANG KURSUS
Wajaran bagi PSK adalah berdasarkan:
:
Pemerhatian Fasilitator = 20%
:
Tugasan Individu = 20%
:
Tugasan Kumpulan = 20%
UJIAN AKHIR KURSUS
Ujian Akhir Kursus (UAK) dijalankan setelah peserta tamat mengikuti Modul Khusus dan Modul Umum.
Bentuk kertas UAK adalah seperti berikut
:
Seksyen A (Masa 40 minit)
Objektif (Aneka Pilihan) 40 soalan = 40 markah
:
Seksyen B (Masa 2 jam 30 minit)
Subjektif (Esei) 8 soalan = 60 markah, Jawab 2 soalan daripada Bahagian 1 dan 2 soalan daripada Bahagian 2
Peserta Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia perlu lulus kedua-dua Komponen (UAK & PSK) untuk memperoleh Sijil KISSM.